Malaysia vs Indonesia

Assalamualaikum...
De 2 peristiwa gumbira yang terjadi pada 26hb Disember 2010 nih. First, seperti yang semua dah tau dan dah tengok kat TV1, team Malaysia berjaya mengalahkan team Indonesia yang dilengkapi dengan beberapa player import dengan skor 3 berbalas 0. Huiyoo. Terer tu. Ramai gak team Malaysia's supporter yang bangga dengan pencapaian terbaru team Malaysia nih. Tak kurang gak, ade suara-suara sumbang yang duk ngutuk tanpa rasa serba salah sedikit pun. "Alah, nanti main kat Indon kalah teruk la tu...". Ade ke cakap macam nih. Tak patot tol laa. Sepatotnye, di saat sukan negara kita yang tengah kehausan mencari kilauan keemasan di semua sukan yang ada nih, kita kena bagi support gak, tak banyak pon takpe. At least, ade gak la kan. Ni idak, asik kondemkan orang je tau. Ish3x....

Peristiwa kedua plak, beberapa minit sebelum jam 9 malam, akak ipar aku telah selamat melahirkan baby beliau di Hospital KPMC, Kajang. Dapat anak buah pompuan aku. Hikhikhik. Comel sangat2. Geram plak bila memikirkan bini aku di jangka melahirkan baby kitorang bulan 4 tahun 2011. Tapi x lame pon masa tu. Pejam celik, pejam celik, dah sampai saat yang dinantikan. Hehehe...

Pape pon, tahniah kepada Team Malaysia kerana menang. Keep it up. Tahniah gak pada akak ipar aku kerana selamat melahirkan baby beliau. Keep it up too. Ngehngehngeh...
Read more...

Sahabat Blogger

Assalamualaikum...
Tadi, aku buka dashboard blog aku. Aku tengok le pe new updates pada blog yang aku follow. Tibe2 ternampak blog piliham malaysia, ade kategori baru. Dorang nak adakan pulak kategori Shabat blogger mengikut negeri. Syarat nye, kene taip tajuk ikut negeri. Contohnye, kalo blogger pahang, buat tajuk saya blogger Pahang. Tapi aku fikir plak. Aku ade sedikit krisis identiti nih. Aku lahir kat Temerloh Pahang. Tapi dibesarkan sepenuhnya di Kota Kinabalu, Sabah selama 17 tahun. Parents aku plak sekarang menetap di Pasir Putih, Kelantan. Agak2 korang la, aku nak join sahabat blogger negeri mana??
Haish.......
Read more...

Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu...

Assalamualaikum...
Hai uolss. Semalam aku kol akak aku yang berada di negeri sawah padi. Time kitorang bersembang, akak aku buka cerita tentang adik aku yang sorang tu. Die pegi temuduga masuk ke Maahad tahfiz Muhammadi lelaki Kota Bharu Kelantan, lepas die dapat result UPSR hari tu. Akak aku cakap adikku tu dapat masuk ke sana. Alhamdulillah. Syukur sangat2. Semoga adikku jadi seorang huffaz yang berjaya. Aku bangga tengok kejayaan adik aku tu. Semoga dia mendapat berkat dari Ilahi. amin...
Read more...

Peringatan Bumi Kepada Manusia

Untuk peringatan pada diri kita yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka . Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka . 


Berkata Anas bin Malik r.a :
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara :
1) Wahai anak Adam ! Berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah ! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak .
2) Engkau melakukan maksiat di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan diazab didalam perutku .
3) Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah ! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4) Engkau bergembira di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan kecewa di dalam perutku .
5) Engkau mengumpul harta di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan menyesal di dalam perutku .
6) Engkau makan benda yang haram diatas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan dimakan ulat di dalam perutku .
7) Engkau angkuh di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan dihina di dalam perutku .
8) Engkau berlari dengan riang di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan jatuh ke dalam perutku dalam keadaan dukacita .
9) Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari , bulan , dan bintang di
belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10) Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai tetapi ingatlah ! Engkau akan keseorangan di dalam perutku .

renung-renungkan, dan selamat beramal...
Read more...

Salam Eid al-Adha

Tak tahu kenapa aku susah nak lelapkan mata. Dari tadi, terkebil2 mata ni. Susah sangat nak lelap. Mungkin sebab hari ni tak berapa penat kot. Ye la, pagi tak kerja. Pagi hantar isteri gi kerje, petang gi amik isteri balik kerja. Tu ja la tugas aku hari ni. Sebenarnya, aku dah dapat cuti selama seminggu mulai hari ni. Rancangan awal, nak balik ke rumah bonda dan ayahanda untuk sambut Aidul Adha. Tapi apakan daya. Isteriku plak tak dapat cuti. Terpaksalah menghabiskan cuti kat KL ni je. Tapi takpe, umah mak mentua dekat je. Orang kata, kalau naik motor tu, tak sempat masuk gear 2, dah sampai. Hahahahaha....

Isteri aku plak serba salah. Ye la, mana tak serba salah. Aku dah bagi tau rancangan nak balik raya ni dari bulan lepas lagi. Tiba2, last minit plak dia tak dapat cuti. Nak kena siapkan tender katanya. Besa lah, swasta katakan. Tu la kelebihan kerja kerajaan. Orang cuti, insyaAllah cuti gak. Kalau swasta ni lain sket. Nak kena ikut cakap bos. Nak wat macam mana. Redha je la.....

Apa pun, di malam raya Aidul Adha ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat, tak kira di mana pun berada, terutama untuk my Luvly famili; mak, ayah dan adik aku kat Pasir Puteh, Kelantan, abang sulung aku dengan isteri dan 3 'bala tenteranya' di Kolombong, Sabah dan akak aku kat Kuala Kedah, Kedah. Tak lupe gak kepada semua sahabat aku yang pernah skolah dengan aku; Tadika Nurul Iman, Sabah, SK Kem Lok Kawi, Sabah dan SMK (A) Limauan, Kimanis, Sabah dan semua sahabat yang mengenali diri ini tak kire di mana pun korg berada. (chewah, mcm raya puasa plak bagi ucapan panjang2....)

Semoga Raya Haji @ Raya Korban pada tahun ni, tak ada yang terkorban......

Selamat Hari Raya Aidul Adha...

Read more...

Merdeka!!!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Begitulah laungan ku di dalam hati sebaik saja aku hantar kertas peperiksaan pada petang tadi. Paper yang sepatutnya 3 jam (2.15 petang hingga 5.15 petang), tapi aku hantar pada jam 3.45 petang. Aku hanya jawab dalam masa satu jam setengah. Hahahahahaha....sengal. Apelah nak jadi. Study tak. Jawab punye la cepat. Tapi bile diingat balik, semenjak aku sambung study kat UiTM Shah Alam ni, tak pernah kot aku kuar on time. Mesti awal je. Nak kate pandai, pandai bende nye kalo setakat dapat pointer dalam lingkungan 3.20 kebawah. Hehehe...tapi tak pe lah. Yang penting aku hepi. Start esok, aku akan mula kerja full time balik. Takde dah kelas hujung minggu macam yang sebelum ni. Start sem balik hujung bulan Disember nih. Harapnye sem depan dapat aku tempuh dengan tabah....
Read more...

Exam

Hari ni, dari pagi sampai petang aku bizi. Pagi hari time orang smue duk tido lagi, aku dah gi umah mak mentua aku dan gi umah lama aku dulu time bujang, nak angkat barang. Minta lori punya la lama, baru hari ni dapat. Tapi alhamdulillah la, at least dapat gak. Dari tak dapat langsung. Aku gak menganga. Pastu petang plak, bawa isteri aku gi bank-in check kat ampang. Cari Affin Bank punye la payah, rupenye kat sebelah down town Cheras je Affin Bank tu. Hampeh tol. Pastu gi lepak plak dengan member aku yang datang dari Nilai. Ye la, takkan member datang jauh2, kita wat tak layan. Aku hadap je la walaupun badan macam nak patah dah nih. Balik dari lepak dengan member tu, baru aku teringat. Ya Allah!! Esok petang aku ade paper rupenye. Pergh! dah la bace baru sikit. Ape la aku nak jawab esok ni. Takkan nak jawab cara2 angkat barang yang betol? Ataupun jawab cara2 nak gi Ampang? Aduss.....

Tapi takpe, mujur aku dah ade gak sikit dalam pale otak nih. Orang kate, ok la ade sikit, daripade takde langsung. Hahaha, betol tak?? Aku ni bab belajar, cukup malas. Orang sambung study, nak sambung gak. Orang masuk kelas, aku ngencing gi tengok wayang. Hahahaha, selamat tak kena band takleh ambik exam. Tapi alhamdulillah, setakat ni exam tak pernah gagal lagi la. Pointer paling rendah pon 2.69. Paling tinggi, 3.18. Tu je aku mampu. Hahahaha.....Pape pon, doakan aku berjaya dalam exam aku esok. Amiinnn.....
Read more...

KL : Tiada Hari Tanpa Jem

Petang tadi, aku bawa isteri gi Kenanga Investment Bank, KL. Mujur aku nek motor. Kalo naik kereta, mahu dekat 2 jam baru sampai. Jalan kat KL ni tau je la, jem memanjang. Tak pernahnye tak jem. Aku pun kekadang duk pikir, mane la datangnye banayk2 kereta nih. Tapi bile aku fikir balik, tak hairan lah kalau kat KL ni banyak kereta. Sedangkan member aku pun ade 2 biji kereta. Cuba bayangkan kalau orang yang agak 'berada' sikit. Satu rumah mahu ade 3, 4 biji kereta. Kalo ade 10 rumah yang ade 3,4 biji kereta, tak ke dah jadi 30 hingga 40 biji? Tambah lagi kalau semua kereta tu keluar serentak. Huh! Memang KL dengan jem ni tak dapat dipisahkan...
Read more...

Anniversary Ke-29

Kenapa aku baru perasan arini tarikh 12 november?? Adoiyai. Arini hari anniversary @ Ulang tahun perkahwinan mak ayah aku. Selamat ingat, daripada langsung tak ingat. Aku baru lepas wish. Dah 29 tahun rupenye usia perkahwinan mak ayah aku nih. Pape pn, smoga berbahagia selalu dan jangan gaduh2. Aku doa gak smoga ikatan perkahwinan aku dengan isteri aku ni kekal la macam mak ayah aku. Aminnn....

Mak dan Ayah tersayang

Read more...

Evo 10 vs Proton Inspira

Proton Inspira


Evo 10



















Ade gak member2 aku yang duk tertanye2 tentang 2 kereta nih. Bagi aku, kalo tengok secara rawak, memang hampir xde perbezaan. Tapi, kenapa harga die jauh berbeza ek?? Aku sendiri tak gi tengok lagi secara dekat Proton Inspira ni. Tp ni ape yang aku dapat dari member aku dan aku collect sikit dari tenet ni.

Mitsubishi Lancer
Harga Jual: RM314,457.10
Road Tax: RM379.00
Yuran Pendaftaran: RM300.00
Yuran Pemeriksaan : RM200.00
Nombor Plat: RM50.00
Harga Atasa jalan tanpa road tax: RM315,436.10
Insurans: RM8,451.90
Harga Atas Jalan dengan road tax: RM323,888.00
Nilai diinsurans: RM315,000.00

Ni spesifikasi harga Evo 10. Tapi spesifikasi harga untuk proton Inspira belum dapat. Tapi, harga tak masuk dengan road tax dan semua cas kecik2 ade le...

Semenanjung Malaysia
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Sabah/Sarawak
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Langkawi
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
Kalo tengok bahagian dalam kereta Proton Inspira ni, memang sebijik macam Mitsubishi Evo 10. Pape pn, kalo korang nak tahu lebih lanjut tentang proton Inspira ni, gi la ke kedai proton berhampiran. Leh test drive skali....
Read more...

RM! RM! RM!

Aku baru lepas bayar sewa rumah kat Hong Leong Bank, Taming Jaya. Sewa rumah RM450. Aku teringat time ayah aku cite tentang value duit satu ketika dulu. Dengan ada RM 100 je, macam2 yang kita leh buat. Sekarang?? Sewa rumah pun dah cecah Rm450. Tu pun apartment. Kalo teres?? Rumah lama yang aku sewa kat Bandar Mahkota Cheras, dulu sebelum siapnya pembinaan Jusco Mahkota Cheras, sewa baru RM450. Sekarang?? Dah cecah RM600 kot, paling kurang. Pergh!! Kopak beb. Tu bukan corner lot. Agaknye, lagi 20 tahun time anak aku dah besar, brape la sewa rumah mase tu ek?? Tak mustahil cecah RM1,500. Fuiyoo...
Read more...

Hujan...

Nyaman sungguh aku rasakan di pagi hari ni. Dengan suasana sejuk rumahku yang berada di lereng bukit, ditambah lagi dengan hujan yang turun tidak henti-henti sejak dari jam 2.00 pagi tadi. Aku terpaksa hantar isteriku pergi ke tempat kerja lambat sedikit. Kereta rosak, terpaksa hantar menaiki motosikal Yamaha Lagenda 110z ku.


Ni la motor kesayangan ku. Walaupun dah tergolek lebih dari 10 kali, dengan bermacam-macam skil dilakukan, 'die' tetap steady. That's my boy. Hahahahaha....Tibe-tibe teringat plak kat orang yang berada di utara sana, termasuk lah kakak kesayanganku. Macam mnae la agaknya kehiupan mereka dalam keadaan banjir nih. Semoga Tuhan melindungi mereka dari bencana yang lebih teruk. Amin...
Read more...

UPSR oh UPSR

arini 11 november, result UPSR diumumkan. saya tak tau pn sebenarnya. tbe2 isteri saya kol time kat pejabat tengah hari tadi. die tnye result UPSR adik ipar dia (adik saya laa). saya baru teringat kat adik saya yg skolah kat SK Bukit Bidang 2, Pasir Puteh, Kelantan. pastu saya terus kol mak saya. tanya tentang result adik saya.mak saya cakap, adik saya gi skolah tak balik lagi. saya plak yg berdebar2. ntah pape...hahahahaha....

tbe2, jam 1309hrs @ 1.09 ptg, saya dpt msj dr no mak saya. mesej tu berbunyi "saya dpt 4A...". ni sah adik saya. saya terus kol mak saya. adik saya angkat. saya tnye btol ke, die ckp btol la....

lain plak halnye dgn spupu saya kat Hulu Langat nih. dgr crita, isteri saya cakap, die x dpt A. hurm, tringat knangan time saya amik UPSR dulu. mcm2 ragam bebudak. ade suke, ade nangis. ye la, dh gagal. x kn nk ketawe kot. tp bak kate org, nasik dh jadi bubur. x leh nk wat pe dh. jdkn pngajaran je utk lain tahun...

jd, saya nak ingatkanlah pd diri dan adik2 yg bakal2 exam tu. nk blaja, blaja elok2. jgn duk wat bnde x berfaedah. cinta la, bisnes la. mcam2. tmpu je blaja dlu. dh hbis blaja nnt, cinta la dgn sape nk bercinta. hahahaha....

Adik aku @ merangkap Panglima Gagak Hitam. Hahahahaha...

Read more...

Oh Wanita!!

alhamdulillah, saya baru je mendirikan rumahtangga. Baru tak baru pun, dah 3 bulan la. Bila dah masuk 3 bulan perkahwinan kitorg, alhamdulillah, saya dapat tahu isteri saya mengandung. Dah 3 bulan. Rezeki, takkan nak tolak. Ye tak?? Tibe-tibe saya tengok balik kat dalam folder time zaman sekolah dulu, terjumpa satu artikel yang menarik. Artikel ni ustaz saya dulu yang bagi. Jadi, saya nak kongsikan sedikit apa yang ustaz saya bagi, berkenaan dengan wanita....

Kaum wanita mengatakan susah untuk menjadi wanita ISLAM .
Mari kita bersama-sama melihat peraturan wanita :

1) Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki .
2) Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah tetapi lelaki tidak perlu .
3) Wanita saksinya kurang berbanding lelaki .
4) Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki .
5) Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak .
6) Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya .
7) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri .
8) Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki .
Oleh yang demikian , mereka tidak henti-henti memperjuangkan gerakan “MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM” .Pernahkah kita lihat kenyataannya ?
1) Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
teraman dan terbaik . Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar berselerak begitu saja kan ? Itulah bandingannya dengan seorang wanita . Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
2) Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepda suaminya , manakala lelaki menerima harta pusaka untuk digunaka bagi menyara anak dan isterinya .
3) Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat
dia didoakan oleh segala makhluk , malaikat dan semua makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana mati melahirkan anak , matinya adalah mati SYAHID .
4) Di akhirat kelak , seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ,
iaitu isterinya , ibunya , anak perempuannya dan saudara perempuannya . Manakala seorang wanita pula dipertanggungjawabkan terhadap 4 lelaki , iaitu
suaminya , ayahnya , anak lelakinya dan saudara lelakinya .
5) Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang
dikehendakinya cukup dengan hanya 4 syarat iaitu solat 5 waktu , puasa Ramadhan , taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya .
6) Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata .
Masya Allah , demikianlah sayangnya ALLAH kepada wanita , kan ? Fikirkanlah……
Read more...

Taaruf

Assalamualaikum...
alhamdulillah, hari ni dapat gak saya buat blog sendiri. Selama nih asyik bace blog oang je. Tibe2 rase terpanggil nak wat gak blog sendiri. Smoga otai2 blog nih leh bagi tunjuk ajar pada saya dalam menghasilkan blog yang berguna. Insya-Allah...
Read more...