Rindu ke?

Assalamualaikum...
Pergh! Lamenye aku tak mencurah idea dalam blog aku nih. Kesian plak blog aku ni ditinggalkan sendirian tanpa teman. Nak wat macam mane. Masa tak begitu mengizinkan. Ape nak buat. Rindu gak la kat blog nih dan kat blog kawan2 blogger yang lain. Dah lame rasenye tak menyinggah blog ke blog untuk mencedok barang secebis dua idea atau kisah sahabat2 blogger. 

Surat khabar pada masa kini sedang hangat memaparkan kisah-kisah mengenai 2 bencana yang berlaku di 2 negara yang berbeza. Jepun dengan tsunaminya, dan Libya dengan perangnya. Surat khabar yang dicetak setiap hari memang tak lupa untuk mecetak juga kisah 2 bencana yang sedang berlaku nih. Di Jepun, seluruh dunia sedang tertumpu untuk memberikan seberapa banyak bantuan yang boleh dihulurkan bagi memulihkan kembali keadaan selepas tsunami yang mengakibatkan terledaknya beberapa reaktor nuklearnya. Di Libya plak, seluruh dunia, terutama Amerika Syarikat dan Liga Eropah sedang bersemangat untuk menyerang negara Muammar Ghadafi, dengan pelbagai bantuan ketenteraan tak kira darat, laut mahupun udara.

Jika kita lihat kedua-dua bencana ini, satu bencana adalah untuk memulihkan kembali keadaan yang ditimpa kehancuran. Dan satu bencana lagi adalah untuk menghancurkan keadaan yang selama ini aman damai. Bila aku kenang balik keadaan kedua-dua negara ni, rasa insaf la plak. Bak kata kumpulan Brothers, "Dimana nilai kemanusiaan, sebagai hamba Tuham. Hadirlah kedamaian, kami memerlukan..."
Read more...

F Baretta, 20 butir isi Peluru...

Assalamualaikum...
Huhu...aku baru je balik dari latihan menembak. Haish, setelah 3 tahun aku berpindah ke tempat yang baru, ni la baru pertama kalinya aku gi menembak. Menggigil gak la tangan sebab lama tak menembak. Bukan sebab cuak, takut or seumpamanya. Cuma, sebab tangan tak biasa. Masuk ke peluru yang ke 4, tangan dah ok. Tak menggigil lagi. Kebetulan plak tadi, de sorang organiser untuk cari para penembak tepat untuk diserapkan ke dalam team penembak tepat. Aku harap, sesangat aku terpilih. Pas tembak je tadi, aku tengok, dalam kawasan bold tu, de 16 biji. maknenye lagi 4 kat luar kawasan. 4 biji tu mesti yang aku gigil tadi. Hampeh tol. Kalo tak, dah bleh cipta record. Hohohohohoho....Pape pon, alhamdulillah sebab tiada insiden yang tak diingini berlaku sepanjang latihan menembak tadi. Harapnye, aku terpilih untuk diserap ke shooter team. Amiiiiinn......
Read more...

Selamat Datang ke 2011

Assalamualaikum...
Bangge seyh dah masok 2011. Alhamdulillah, syukur sesangat. Di panjangkan umur untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2011. Harapnye tahun 2011 ni lebih baik dari tahun 2010. Walaupun baru je sehari melangakh ke alam 2011, dah pelbagai cabaran menanti. First, aku nak kena kejor balik pointer sem ni. Sebab sem lepas aku jatuh teruk sebab agak bizi menguruskan majlis nikah ku. Huhu...nak tak nak, pointer kena dapat more than 2.80. Agak tough kalo dilihat balik pada subjek yang menanti. yain boleh!!

Pastu, dalam bulan April plak, isteriku dijangka melahirkan anak sulung kami. Hohoho...cabaran yang agak berat juga bagiku. Yela, tak pernah ade anak. nak mengasuh anak bukan senang wei. Imam al-Ghazali pernah cakap, jaga 100 kambing lagi senang dari mendidik seorang manusia. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Kena plak lagi cabaran remaja masa kini banyak tol. Aduh, semoga diriku diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan dan cabaran ini. Kalo nak didik macam didikan yang ayahku pernah berikan padaku dan adik beradik dulu, agak susah sket kot. Sebab bebudak zaman sekarang ni bukan senang. Rotan sket, lari dari umah. Haish...sakit pale dah.

Pape pon, semoga kita semua tabah dalam menghadapi cabaran 2011 ni. Chayok2!!
Read more...