Rindu ke?

Assalamualaikum...
Pergh! Lamenye aku tak mencurah idea dalam blog aku nih. Kesian plak blog aku ni ditinggalkan sendirian tanpa teman. Nak wat macam mane. Masa tak begitu mengizinkan. Ape nak buat. Rindu gak la kat blog nih dan kat blog kawan2 blogger yang lain. Dah lame rasenye tak menyinggah blog ke blog untuk mencedok barang secebis dua idea atau kisah sahabat2 blogger. 

Surat khabar pada masa kini sedang hangat memaparkan kisah-kisah mengenai 2 bencana yang berlaku di 2 negara yang berbeza. Jepun dengan tsunaminya, dan Libya dengan perangnya. Surat khabar yang dicetak setiap hari memang tak lupa untuk mecetak juga kisah 2 bencana yang sedang berlaku nih. Di Jepun, seluruh dunia sedang tertumpu untuk memberikan seberapa banyak bantuan yang boleh dihulurkan bagi memulihkan kembali keadaan selepas tsunami yang mengakibatkan terledaknya beberapa reaktor nuklearnya. Di Libya plak, seluruh dunia, terutama Amerika Syarikat dan Liga Eropah sedang bersemangat untuk menyerang negara Muammar Ghadafi, dengan pelbagai bantuan ketenteraan tak kira darat, laut mahupun udara.

Jika kita lihat kedua-dua bencana ini, satu bencana adalah untuk memulihkan kembali keadaan yang ditimpa kehancuran. Dan satu bencana lagi adalah untuk menghancurkan keadaan yang selama ini aman damai. Bila aku kenang balik keadaan kedua-dua negara ni, rasa insaf la plak. Bak kata kumpulan Brothers, "Dimana nilai kemanusiaan, sebagai hamba Tuham. Hadirlah kedamaian, kami memerlukan..."
Read more...