Oh Wanita!!

alhamdulillah, saya baru je mendirikan rumahtangga. Baru tak baru pun, dah 3 bulan la. Bila dah masuk 3 bulan perkahwinan kitorg, alhamdulillah, saya dapat tahu isteri saya mengandung. Dah 3 bulan. Rezeki, takkan nak tolak. Ye tak?? Tibe-tibe saya tengok balik kat dalam folder time zaman sekolah dulu, terjumpa satu artikel yang menarik. Artikel ni ustaz saya dulu yang bagi. Jadi, saya nak kongsikan sedikit apa yang ustaz saya bagi, berkenaan dengan wanita....

Kaum wanita mengatakan susah untuk menjadi wanita ISLAM .
Mari kita bersama-sama melihat peraturan wanita :

1) Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki .
2) Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah tetapi lelaki tidak perlu .
3) Wanita saksinya kurang berbanding lelaki .
4) Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki .
5) Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak .
6) Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya .
7) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri .
8) Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki .
Oleh yang demikian , mereka tidak henti-henti memperjuangkan gerakan “MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM” .Pernahkah kita lihat kenyataannya ?
1) Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
teraman dan terbaik . Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar berselerak begitu saja kan ? Itulah bandingannya dengan seorang wanita . Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
2) Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepda suaminya , manakala lelaki menerima harta pusaka untuk digunaka bagi menyara anak dan isterinya .
3) Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat
dia didoakan oleh segala makhluk , malaikat dan semua makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana mati melahirkan anak , matinya adalah mati SYAHID .
4) Di akhirat kelak , seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ,
iaitu isterinya , ibunya , anak perempuannya dan saudara perempuannya . Manakala seorang wanita pula dipertanggungjawabkan terhadap 4 lelaki , iaitu
suaminya , ayahnya , anak lelakinya dan saudara lelakinya .
5) Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang
dikehendakinya cukup dengan hanya 4 syarat iaitu solat 5 waktu , puasa Ramadhan , taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya .
6) Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata .
Masya Allah , demikianlah sayangnya ALLAH kepada wanita , kan ? Fikirkanlah……

0 berkongsi ilmu: