Strive For Excellence (S4E)

Pada 31 Mac 2017 yang lalu, kumpulan kami telah mengadakan Program Strive For Excellence (S4E) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah (SMKPW) Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh 122 orang pelajar dan penganjuran dibantu oleh seramai 4 orang guru sekolah itu sendiri. Alhamdulillah, program berjalan lancar seperti dirancang.

Program dimulakan dengan sesi ice breaking. Dalam sesi ini para fasilitator akan memberi penerangan awal kepada para peserta mengenai tujuan program ini diadakan. Program kemudian diteruskan dengan ceramah oleh YBrs Dr Azlan bin Abas, Pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM Bangi (kawan aku woi. hahahaha). 

Selepas sesi ceramah, para peserta di hidangkan dengan sesi permainan melalui Latihan dalam Kumpulan (LDK). Permainan pertama iaitu Radio Buruk. Melalui permainan ini, para peserta didedahkan mengenai kepentingan memberi tumpuan yang lebih semasa pengajaran di dalam kelas. Permainan kedua pula ialah Matlamatku. Melalui permainan ini pula para peserta dapat melihat dengan lebih jelas matlamat yang perlu dicapai.







Read more...

Geng Bas Sekolah

Sekarang dah masuk semester ke 2 dalam pengajian. Alhamdulillah, perjuangan menyambung pengajian kali ini, aku telah dikurniakan sekumpulan manusia yang sangat2 best. Kapla best. Memasing dah macam adik beradik pon ade, macam kenalan dah kenal lebih 10 tahun pon ade. Heaven. Syukur sangat Ya Allah atas kurniaan ini.

Semester 1 yang lepas, seperti biasa, masih dalam proses mengenali hati budi memasing. Ade yang jadi penumpang, ade yang sembang bikin bimbang, dan berbagai lagi karenah manusia. Tp dorg ni terselit celah2 manusia yang pelbagai tadi. Mencari dorg ni umpama mencari berlian dalam longgokan kaca. Mencari gula dalam garam. Dan bile dah jumpe, kalo bleh smua subjek nak segroup dengan dorg. Sbb masing2 dah bleh faham had dan kemampuan.


31 Mac (Jumaat) yang lalu, kitorg berjaya harung satu projek bersama. Perancangan pada awalnya nampak senang, tetapi agak berliku ketika di bahagian tengah pelaksanaan projek. Dan akhirnya, setelah berhempas pulas, kami berjaya juga menyempurnakan projek yang kami rancang selama hampir sebulan. Alhamdulillah.

Ni la die list geng kitorg :

1. Mohd Faaizuun bin Abdul Salam (243582)
aku sndiri la. haha

2. Muhamad Faisal bin Zulkipli a.k.a SAA (244055)
ni keras pnya orang. xde basic jangan try. lingkup. haha

3. Idawati bin Mamat a.k.a IDA (243902)
nk komen pe ye? bahaya plak kalo salah komen, pompuan beb. haha

4. Nor Suhadah binti Abdul Ghani a.k.a SUE (243963)
awek futsal. rabu malam jangan dikacau. masa beliau bersokan. ade pemanis kat atas bibir. dh nk trmasuk dalam hidung. pastu...... hahahahahahaha

5. Natrah Fairuz binti Muhamad Din a.k.a NAT (243952)
ni pon same, awek futsal. dan awek kuat tido. letak kepala, hilang. dduk kejap je, hilang. dalam kelas, hilang. ape penat sgt ntah. bina rumah ke pe. haha

6. Siti Nor Azura binti Mohd Rukon a.k.a ZURA (243534)
ni orang kuat TKSU. dalam 8 tahun perkhidmatan, 7 kali bos tukar. ngeri beb. yang tukar pasal bos pencen atau meninggal. seriau. hukhuk...

7. Halimatunsaadiah binti Harun a.k.a IMMA (243434)
ni pon orang kuat TKSU. org paling kecik dlm grup. mkn bnyk, badan beso tu jugak. bela jin ke pe. hahaha

8. Rodziah Abd Rahman a.k.a OGY (243989)
ni awek ade pagar kat gigi. tu pasal jgn gurau kasar2 sgt. kang d kokak, mau putus tangan oi.

9. Norhaya binti Jamal a.k.a AYA (243967)
awek keje RTM. besar sikit dr ima td. mse program kat PD makin nmpk yg sbnrnye die ni gile. hahaha

10. Norkasana binti Mohd Dak a.k.a ANA (243604)
awek perkasa. main gym rsenye. hiking sje. rsenye tdo mlm pon mmpi hiking. xberani sgt nk kutuk lebih. lengan beso. haha

Ni lah bestie aku kat UUM untuk segala event dan projek yang mendatang, insyaAllah smpai ke akhir pengajian. Kalo ade rezeki, mntak2 la kami semua dapat bejuang sama2 smpai memasing ade DR kat depan. Amin.....
Read more...

Kembali Lagi

Assalamualaikum uolssss....
Lame sgt dah pakcik x post dalam ni. Since dah makin sibuk dengan kehidupan duniawi. Semakin banyak yang ditanggung, semakin banyak yang perlu dijawab, Nilah namenye tanggungjawab.
Dalam beberapa tahun tak update entry ni, macam2 dah berlaku, Alhamdulillah, dah selesai dengan pengajian Diploma Pengajian Sukan UiTM Shah Alam. Dan sekarang aku sedang sambung plak lagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam UUM. Semoga tabah hingga ke akhirnya.Chayok!!!!
Read more...