Rindu ke?

Assalamualaikum...
Pergh! Lamenye aku tak mencurah idea dalam blog aku nih. Kesian plak blog aku ni ditinggalkan sendirian tanpa teman. Nak wat macam mane. Masa tak begitu mengizinkan. Ape nak buat. Rindu gak la kat blog nih dan kat blog kawan2 blogger yang lain. Dah lame rasenye tak menyinggah blog ke blog untuk mencedok barang secebis dua idea atau kisah sahabat2 blogger. 

Surat khabar pada masa kini sedang hangat memaparkan kisah-kisah mengenai 2 bencana yang berlaku di 2 negara yang berbeza. Jepun dengan tsunaminya, dan Libya dengan perangnya. Surat khabar yang dicetak setiap hari memang tak lupa untuk mecetak juga kisah 2 bencana yang sedang berlaku nih. Di Jepun, seluruh dunia sedang tertumpu untuk memberikan seberapa banyak bantuan yang boleh dihulurkan bagi memulihkan kembali keadaan selepas tsunami yang mengakibatkan terledaknya beberapa reaktor nuklearnya. Di Libya plak, seluruh dunia, terutama Amerika Syarikat dan Liga Eropah sedang bersemangat untuk menyerang negara Muammar Ghadafi, dengan pelbagai bantuan ketenteraan tak kira darat, laut mahupun udara.

Jika kita lihat kedua-dua bencana ini, satu bencana adalah untuk memulihkan kembali keadaan yang ditimpa kehancuran. Dan satu bencana lagi adalah untuk menghancurkan keadaan yang selama ini aman damai. Bila aku kenang balik keadaan kedua-dua negara ni, rasa insaf la plak. Bak kata kumpulan Brothers, "Dimana nilai kemanusiaan, sebagai hamba Tuham. Hadirlah kedamaian, kami memerlukan..."
Read more...

F Baretta, 20 butir isi Peluru...

Assalamualaikum...
Huhu...aku baru je balik dari latihan menembak. Haish, setelah 3 tahun aku berpindah ke tempat yang baru, ni la baru pertama kalinya aku gi menembak. Menggigil gak la tangan sebab lama tak menembak. Bukan sebab cuak, takut or seumpamanya. Cuma, sebab tangan tak biasa. Masuk ke peluru yang ke 4, tangan dah ok. Tak menggigil lagi. Kebetulan plak tadi, de sorang organiser untuk cari para penembak tepat untuk diserapkan ke dalam team penembak tepat. Aku harap, sesangat aku terpilih. Pas tembak je tadi, aku tengok, dalam kawasan bold tu, de 16 biji. maknenye lagi 4 kat luar kawasan. 4 biji tu mesti yang aku gigil tadi. Hampeh tol. Kalo tak, dah bleh cipta record. Hohohohohoho....Pape pon, alhamdulillah sebab tiada insiden yang tak diingini berlaku sepanjang latihan menembak tadi. Harapnye, aku terpilih untuk diserap ke shooter team. Amiiiiinn......
Read more...

Selamat Datang ke 2011

Assalamualaikum...
Bangge seyh dah masok 2011. Alhamdulillah, syukur sesangat. Di panjangkan umur untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2011. Harapnye tahun 2011 ni lebih baik dari tahun 2010. Walaupun baru je sehari melangakh ke alam 2011, dah pelbagai cabaran menanti. First, aku nak kena kejor balik pointer sem ni. Sebab sem lepas aku jatuh teruk sebab agak bizi menguruskan majlis nikah ku. Huhu...nak tak nak, pointer kena dapat more than 2.80. Agak tough kalo dilihat balik pada subjek yang menanti. yain boleh!!

Pastu, dalam bulan April plak, isteriku dijangka melahirkan anak sulung kami. Hohoho...cabaran yang agak berat juga bagiku. Yela, tak pernah ade anak. nak mengasuh anak bukan senang wei. Imam al-Ghazali pernah cakap, jaga 100 kambing lagi senang dari mendidik seorang manusia. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Kena plak lagi cabaran remaja masa kini banyak tol. Aduh, semoga diriku diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan dan cabaran ini. Kalo nak didik macam didikan yang ayahku pernah berikan padaku dan adik beradik dulu, agak susah sket kot. Sebab bebudak zaman sekarang ni bukan senang. Rotan sket, lari dari umah. Haish...sakit pale dah.

Pape pon, semoga kita semua tabah dalam menghadapi cabaran 2011 ni. Chayok2!!
Read more...

Malaysia vs Indonesia

Assalamualaikum...
De 2 peristiwa gumbira yang terjadi pada 26hb Disember 2010 nih. First, seperti yang semua dah tau dan dah tengok kat TV1, team Malaysia berjaya mengalahkan team Indonesia yang dilengkapi dengan beberapa player import dengan skor 3 berbalas 0. Huiyoo. Terer tu. Ramai gak team Malaysia's supporter yang bangga dengan pencapaian terbaru team Malaysia nih. Tak kurang gak, ade suara-suara sumbang yang duk ngutuk tanpa rasa serba salah sedikit pun. "Alah, nanti main kat Indon kalah teruk la tu...". Ade ke cakap macam nih. Tak patot tol laa. Sepatotnye, di saat sukan negara kita yang tengah kehausan mencari kilauan keemasan di semua sukan yang ada nih, kita kena bagi support gak, tak banyak pon takpe. At least, ade gak la kan. Ni idak, asik kondemkan orang je tau. Ish3x....

Peristiwa kedua plak, beberapa minit sebelum jam 9 malam, akak ipar aku telah selamat melahirkan baby beliau di Hospital KPMC, Kajang. Dapat anak buah pompuan aku. Hikhikhik. Comel sangat2. Geram plak bila memikirkan bini aku di jangka melahirkan baby kitorang bulan 4 tahun 2011. Tapi x lame pon masa tu. Pejam celik, pejam celik, dah sampai saat yang dinantikan. Hehehe...

Pape pon, tahniah kepada Team Malaysia kerana menang. Keep it up. Tahniah gak pada akak ipar aku kerana selamat melahirkan baby beliau. Keep it up too. Ngehngehngeh...
Read more...

Sahabat Blogger

Assalamualaikum...
Tadi, aku buka dashboard blog aku. Aku tengok le pe new updates pada blog yang aku follow. Tibe2 ternampak blog piliham malaysia, ade kategori baru. Dorang nak adakan pulak kategori Shabat blogger mengikut negeri. Syarat nye, kene taip tajuk ikut negeri. Contohnye, kalo blogger pahang, buat tajuk saya blogger Pahang. Tapi aku fikir plak. Aku ade sedikit krisis identiti nih. Aku lahir kat Temerloh Pahang. Tapi dibesarkan sepenuhnya di Kota Kinabalu, Sabah selama 17 tahun. Parents aku plak sekarang menetap di Pasir Putih, Kelantan. Agak2 korang la, aku nak join sahabat blogger negeri mana??
Haish.......
Read more...

Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu...

Assalamualaikum...
Hai uolss. Semalam aku kol akak aku yang berada di negeri sawah padi. Time kitorang bersembang, akak aku buka cerita tentang adik aku yang sorang tu. Die pegi temuduga masuk ke Maahad tahfiz Muhammadi lelaki Kota Bharu Kelantan, lepas die dapat result UPSR hari tu. Akak aku cakap adikku tu dapat masuk ke sana. Alhamdulillah. Syukur sangat2. Semoga adikku jadi seorang huffaz yang berjaya. Aku bangga tengok kejayaan adik aku tu. Semoga dia mendapat berkat dari Ilahi. amin...
Read more...

Peringatan Bumi Kepada Manusia

Untuk peringatan pada diri kita yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka . Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka . 


Berkata Anas bin Malik r.a :
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara :
1) Wahai anak Adam ! Berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah ! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak .
2) Engkau melakukan maksiat di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan diazab didalam perutku .
3) Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah ! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4) Engkau bergembira di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan kecewa di dalam perutku .
5) Engkau mengumpul harta di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan menyesal di dalam perutku .
6) Engkau makan benda yang haram diatas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan dimakan ulat di dalam perutku .
7) Engkau angkuh di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan dihina di dalam perutku .
8) Engkau berlari dengan riang di atas belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan jatuh ke dalam perutku dalam keadaan dukacita .
9) Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari , bulan , dan bintang di
belakangku tetapi ingatlah ! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10) Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai tetapi ingatlah ! Engkau akan keseorangan di dalam perutku .

renung-renungkan, dan selamat beramal...
Read more...