Strive For Excellence (S4E)

Pada 31 Mac 2017 yang lalu, kumpulan kami telah mengadakan Program Strive For Excellence (S4E) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah (SMKPW) Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh 122 orang pelajar dan penganjuran dibantu oleh seramai 4 orang guru sekolah itu sendiri. Alhamdulillah, program berjalan lancar seperti dirancang.


Program dimulakan dengan sesi ice breaking. Dalam sesi ini para fasilitator akan memberi penerangan awal kepada para peserta mengenai tujuan program ini diadakan. Program kemudian diteruskan dengan ceramah oleh YBrs Dr Azlan bin Abas, Pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM Bangi (kawan aku woi. hahahaha). 

Selepas sesi ceramah, para peserta di hidangkan dengan sesi permainan melalui Latihan dalam Kumpulan (LDK). Permainan pertama iaitu Radio Buruk. Melalui permainan ini, para peserta didedahkan mengenai kepentingan memberi tumpuan yang lebih semasa pengajaran di dalam kelas. Permainan kedua pula ialah Matlamatku. Melalui permainan ini pula para peserta dapat melihat dengan lebih jelas matlamat yang perlu dicapai.







0 berkongsi ilmu: